top of page

Kes 1MDB mungkin berakhir seperti pembebasan Musa Aman?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 16, 2020
  • 1 min read




Kontroversi terbaru yang terkait dengan prosedur perundangan ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak mungkin akan mengubah arah perbicaraan kes-kes beliau.


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen tidak menolak kemungkinan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan berakhir sebagaimana gugurnya tuduhan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.


"Kes Musa Aman bebas, kes Riza anak tiri Najib juga bebas, tidak mustahil kes Najib berkaitan 1MDB juga akan sama," katanya.


Beliau berkata demikian susulan pembebasan kontroversi Musa selepas Peguam Negara menarik balik pendakwaan 46 kes korupsi dan pengubahan wang haram minggu lalu.


Namun William mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional, sebarang gangguan dalam proses mahkamah akan dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai pengunduran Malaysia dalam melaksanakan undang-undang dan menjejaskan urustadbir baik kerajaan.


Akibatnya, kata William, imej negara akan terjejas dan pelabur asing akan berasa sukar untuk menanam modal.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page