top of page

Kerusi PRN Selangor: Pembahagian akan dimuktamadkan segera



Pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri Selangor akan ditamatkan segera dalam perundingan pada hujung minggu ini di peringkat pusat.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Katanya, perundingan kerusi yang dipertikaikan juga perlu diputuskan segera memandangkan DUN akan dibubarkan pada Jun ini.


"Saya harap ia dimuktamadkan segera di peringkat pusat.


"Sebab akhirnya keputusan wajar diputuskan di peringkat pusat kerana negeri hanya boleh berbincang membuat kata sepakat benda yang tidak bertentangan (pertindihan)," katanya.


Mengenai berlaku pertindihan dan memerlukan penelitian lanjut sebelum keputusan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor itu berkata, hal berkenaan tidak melibatkan banyak kerusi


"Saya rasa dalam 20% untuk diselesaikan.


"Kita lakukan perbincangan dengan dasar terbuka, kejujuran dan ketelusan dalam melihat angka, data dan sebagainya," katanya lagi.


Rundingan kerusi tidak mempunyai banyak masalah dalam Pakatan Harapan sebelum ini. Bagaimanapun apabila melibatkan Umno-BN maka terdapat beberapa pertindihan, berdasarkan faktor boleh menang dan kerusi tradisi.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page