top of page

Kerusi DUN Api Api, Inanam milik KEADILAN, selain itu dibincang BN, GRS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 minutes ago
  • 1 min read

ree

Perundingan kerusi bagi KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud (gambar) ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran jentera di Manggatal pagi tadi.


Menurut beliau, kerusi sah milik KEADILAN adalah DUN Api Api dan Inanam, manakala kerusi lain bergantung kepada rundingan dengan pakatan politik di Sabah.


"Rundingan masih lagi berjalan. Akhirnya kesepakatan antara berbagai parti akan menentukan kerusi sebenar kita bertanding. Tetapi pastinya kita tidak akan lepaskan (DUN) Api Api dan Inanam. Dua ini pasti, tiada persoalan.


(Yang lain) kita sedang berunding. Dengan BN kita ada beberapa kerusi. Selepas ini kita ada rundingan dengan GRS," katanya.


Mustapha turut menjelaskan beliau dan Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar semalam dan hari ini telah merasmikan beberapa Bilik Gerakan Utama dan jentera KEADILAN di beberapa DUN sasaran.


Kawasan yang telah dirasmikan termasuklah di Sepitang, Tenom, Inanam, Darau, Petagas dan Manggatal.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page