top of page

Kertas siasatan kes ceroboh rumah MB diserahkan ke TPR



Kertas siasatan kejadian tiga individu menceroboh masuk ke dalam kediaman rasmi Menteri Besar (MB) Selangor akan diserah kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan siasatan kes tersebut pada Ahad sekalipun diberi tempoh reman yang singkat.


"Mereka diberikan jaminan polis dan siasatan telah selesai dalam tempoh reman diberi.

"Kita akan rujuk kertas siasatan kepada TPR Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan tiga suspek berusia antara 31 hingga 35 tahun dikenakan perintah direman dua hari oleh Mahkamah Majistret untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.


Siasatan mendapati kesemua suspek menggunakan kereta Proton Waja untuk memasuki kediaman berkenaan melalui Pondok Pos Pengawal utama tanpa mengemukakan sebarang jemputan secara rasmi daripada pihak kerajaan negeri.


Suspek termasuk seorang yang didakwa wartawan sebuah syarikat penerbitan pro pembangkang memberi alasan untuk menghadiri satu mesyuarat yang diadakan di kediaman berkenaan namun tidak mempunyai jemputan secara rasmi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page