top of page

Kertas Putih perolehan vaksin, Pulau Batu Puteh akan dibentang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 9, 2023
  • 1 min read


Satu kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 termasuk kos sebenar pembeliannya akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah mendapati sebahagian proses perolehan vaksin tidak mengikut peraturan.


Antaranya perolehan ditandatangani menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.


"Perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat


"Saya terkejut tetapi kami perlu membuat keputusan mengenainya.


"Soal utama juga bukan siapa menteri, tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu," katanya tanpa mendedahkan menteri terlibat.


Mengulas lanjut perkara berkenaan Anwar berkata, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa diberi tanggungjawab untuk memperincikan dan membentangkan kertas putih tersebut.

"Sebahagian daripadanya dipersoalkan daripada segi bilangan dan kos, jadi beliau (Dr Zaliha) akan membentangkannya kepada Parlimen," katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet pada Rabu.


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan turut membentangkan Kertas Putih berkaitan isu Batu Puteh di Parlimen.


"Masalah kita adalah kerana laporan pasukan khas itu membantah keputusan untuk tidak merayu, menyebabkan kita kehilangan wilayah Malaysia dan di mana-mana negara pun kehilangan wilayah ini masalah besar," jelasnya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page