top of page

Kertas Putih Kesihatan wajar dibentang, dibahas di Dewan Rakyat



Pengumuman Perdana Menteri bahawa Kementerian kesihatan akan membentangkan Kertas Putih Kesihatan di parlimen menyangkut permasalahan perolehan vaksin Covid-19 yang dikendalikan oleh kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh sebelum ini amat dialu alukan.


Bagi Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, pembentangan Kertas Putih itu merupakan satu lagi bukti ketelusan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga dana rakyat daripada disalahgunakan.


"Pembentangan Kertas Putih Kesihatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin diharap dapat menjelaskan kepada rakyat tentang soal kebertanggungjawaban yang perlu menjadi keutamaan bagi mana-mana Kerajaan Persekutuan dalam mengendalikan apa jua krisis yang memerlukan perbelanjaan wang negara.


"Pembentangan kertas putih tersebut juga mempamerkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memperkasakan fungsi Parlimen.


"Ahli-Ahli Parlimen bukan eksekutif pula perlu diberikan ruang secukupnya untuk menghadam segala dapatan yang dikemukakan dalam Kertas Putih Kesihatan itu, sebelum ia dibahaskan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Yunes lagi, selain kertas putih yang telah diumumkan beliau mahu melihat lebih banyak pembentangan serupa itu dilakukan bagi menjadikan fungsi Dewan Rakyat benar benar bermanfaat untuk menyemak imbang perjalanan kerajaan.


"Saya komited untuk melihat Parlimen Malaysia khususnya Dewan Rakyat dihidupkan semula dengan pembentangan-pembentangan penting seperti Kertas Putih Kesihatan yang boleh menjadi pedoman buat setiap Ahli Dewan Rakyat khususnya Jemaah Menteri untuk sentiasa menitikberatkan soal integriti dalam perkhidmatan kepada rakyat.


"Semoga Kertas Putih Kesihatan tersebut dapat mendedahkan segala kebenaran yang selama ini disembunyikan untuk menutup kerakusan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dalam kesempitan pandemik yang telah mengorbankan ribuan nyawa," katanya lagi.


Untuk rekod, semalam Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata Kertas Putih perolehan vaksin Covid-19 akan meneliti tatacara perolehan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu


Katanya, KKM telah membentuk pasukan kerja bagi merangka Kertas Putih itu susulan keputusan kabinet pada 18 Januari lalu yang memberikan gambaran secara menyeluruh terhadap pengurusan perolehan vaksin Covid-19.


"Ini berikutan penemuan awal oleh pihak Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri yang menjalankan due diligence secara terperinci khususnya terhadap terma-terma perjanjian bekalan vaksin Covid-19 yang telah ditandatangani serta dibuat semasa tempoh darurat," katanya.


Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin mengisytiharkan darurat pada 12 Jan 2021 sehingga 1 Ogos tahun itu bagi menangani pandemik Covid-19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page