top of page

Kertas Putih Kesihatan roadmap pastikan kesihatan rakyat terjamin



Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan kejayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merangka pelan jangka panjang sektor kesihatan negara.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Mengteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan warga kerja KKM seharusnya mendapat pujian dan penghargaan kerana berjaya menyelesaikan kertas putih tersebut walaupun usia Kerajaan Perpaduan baharu 7 bulan.


"KEADILAN Kemaman mengucapkan setinggi tinggi syabas dan tahniah kepada YB Menteri Kesihatan dan pasukan nya atas kejayaan pembentangan dan kelulusan kertas putih di parlimen.


"Kertas putih ini telah mendapat undian majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari akhir persidangan dalam sesi kali ini.


"Kesihatan rakyat adalah suatu perkara yang tidak boleh dikompromi. Dengan kelulusan kertas putih ini ia akan menyediakan roadmap yang jelas kepada semua warga KKM dan juga pemegang taruh yang terlibat dalam merealisasikan transformasi sistem kesihatan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, katanya kertas putih itu juga akan membawa sektor kesihatan negara ke arah pematuhan kualiti lebih tinggi sesuai dengan taraf hidup penduduk Malaysia yang akan menjadi rakyat berpendapatan tinggi 15 tahun daripada sekarang.


"Kelulusan kertas putih ini juga membuktikan komitmen Menteri Kesihatan Dr Zaliha dalam membawa transformasi baru dan mengangkat kualiti perkhidmatan kesihatan negara kita ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi institusi yang dipercayai oleh masyarakat.


"Justeru itu, marilah kita sama-sama terus berganding bahu bersama-sama semua pihak untuk terus fokus kepada agenda reformasi Kerajaan Perpaduan. Selaras dengan gagasan Malaysia Madani," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page