top of page

Kertas Putih Kesihatan nokhtahkan penghijrahan doktor pakar


Oleh: Abdullah Zaid


Reformasi kesihatan melalui Kertas Putih Kesihatan (KPK) yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun bertujuan bagi mewujudkan sistem kesihatan yang baik dan komprehensif.


Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (PH - Sekijang) KPK itu juga turut menyentuh isu kebajikan petugas kesihatan serta doktor yang sekali gus dapat mengelakan masalah penghijrahan tenaga kerja pakar ke luar negara.


Katanya, pihak kementerian amat menyedari isu tersebut telah lama berlaku dan akan memperhalusinya melalui libat urus bersama pihak berkepentingan.


"Kita telah membangunkan Kertas Putih (Kesihatan) bagi memperjelaskan isu-isu tertungak termasuk ‘brain drain’ (penghijrahan pakar).


"Ia perlu diperinci kerana menyentuh soal wages system yang berkaitan dengan pembiayaan gaji dan swasta yang sangat besar.


"Oleh itu, kita membuat libat urus untuk mengkaji dan memperbaikinya sistem kesihatan negara yang lebih baik," katanya ketika dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (PH - Cheras) mengenai langkah kerajaan untuk menanggani penghijrahan doktor pakar ke luar negara.


Jelas Zaliha lagi, selain libat urus kementerian itu juga akan melakukan kerjasama dengan pihak swasta bagi meningkat keberkesanan sistem kesihatan negara.


"KKM juga membuat kerjasama dengan pihak swasta untuk mengoptimumkan dan memastikan fasiliti serta sistem kesihatan yang lebih baik (terpaksana)," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page