Kertas Pandora: Malaysia disenarai negara kelabu, bahas di Parlimen - Chean Chung



Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun digesa membenarkan usul Kertas Pandora dibahaskan sebagaimana diusulkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, Azhar harus menyegerakan usul Kertas Pandora selepas Malaysia disenarai kelabu oleh Kesatuan Eropah berikutan skandal itu, selasa lalu.


"Isu Kertas Pandora telah pun memberi kesan amat besar kepada negara-negara dan tokoh-tokoh yang terlibat di seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.


"Senarai kelabu ini berlaku buat kali pertama dalam sejarah negara kita, ketika pendedahan Kertas Pandora yang memperlihatkan individu kaya dan berkuasa menyimpan aset mereka di tempat perlindungan percukaian.


"Azhar menolak usul tersebut yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, meskipun pihak eksekutif Malaysia telah pun memberi komitmen untuk meminda atau menghapuskan "pengecualian rejim sumber pendapatan asing yang berbahaya" mulai 31 Disember 2022.


"Dalam isu ini, saya kesal Azhar lebih menyebelahi pihak kerajaan daripada mempertahankan kebebasan dan kedaulatan institusi perundangan aPrlimen. Bahkan beliau dilihat lebih konservatif dan berat sebelah berbanding pihak eksekutif, umpama “lebih sudu dari kuah”," kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.


Tegas ADUN Semambu itu, kerajaan seharusnya melakukan sisatan terbuka berhubung Kertas Pandora sebagaimana negara-negara lain yang tersenarai bagi memperlihatkan ketelusan pihak berkuasa, kerana sebahagian nama dalam dokumen berkenaan merupakan anggota kerajaan memerintah dan Ahli Parlimen parti kerajaan.


"Saya ingin menambah, kedua-dua anggota kabinet yang mengetuai Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Timbalan Menteri Kewangan 2 Yamani Hafez Musa pernah ada rekod menjadi pemilik syarikat atau firma pemegang amanah luar pesisir.


"Antaranya Tengku Zafrul pernah dinamakan sebagai pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited dan Yamani pernah dilantik pengarah Great Ocean Consultants di Kepulauan Virgin Britain dari 2013 hingga 2015.


"Walaupun tidak salah memegang amanah luar pesisir, objektif sebahagian mereka adalah lebih kepada tujuan kerahsiaan ataupun untuk melindungi harta. Persoalannya, mengapakah ahli-ahli politik perlu merahsiakan harta mereka di luar negara?


"Mengapakah mereka yang kononnya memperjuangkan bangsa dan tanah air meletakkan harta seribu batu jauh daripada Malaysia? Rakyat telah meletakkan amanah kepada mereka untuk menjaga harta negara di bawah kelolaan Kementerian Kewangan, bukankah mereka wajar memperjelaskan harta dan transaksi dengan lebih telus dan teliti?" tanyanya lagi.


Sehubungan itu, Chean Chung menuntut Azhar membenarkan rayuan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang supaya Kertas Pandora dibahaskan di Parlimen demi kebaikan rakyat dan negara. Beliau menasihatkan agar Speaker berhenti pertahan apa yang tidak dapat dipertahankan serta segera pulihkan martabat dan kemuliaan Dewan Rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER