top of page

Kertas konsep GovTech akan dibentangkan Disember depan



Kerajaan akan membentangkan kertas konsep GovTech di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Disember ini.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kertas itu akan menggariskan inisiatif strategik dan penyelesaian teknologi inovatif yang dicadangkan untuk meningkatkan perkhidmatan sektor awam, dengan fokusnya adalah pada memanfaatkan teknologi terkini bagi memperkemas operasi kerajaan, meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam.

"Pembentangan ini merupakan langkah kritikal dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam proses kerajaan, yang melambangkan komitmen terhadap transformasi digital dan pemodenan sektor awam," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, GovTech bertujuan untuk merevolusikan perkhidmatan sektor awam dengan mengintegrasikan operasi kerajaan ke dalam satu platform digital yang serba lengkap dan berkesan.


Inisiatif itu berpusat pada penciptaan ekosistem digital yang saling berhubung, membolehkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cekap.


"Dengan memanfaatkan data dan analitik, GovTech berusaha untuk menggerakkan tadbir urus yang lebih bermaklumat, tanggap dan berkesan," tambahnya.


Dalam pada itu, Rafizi turut memaklumkan kohort pertama Program EDL yang dilancarkan pada 14 Nov, 2023, terdiri daripada 55 peserta, dengan 35 daripadanya ialah sektor awam dan bakinya daripada sektor swasta.


Peserta akan terlibat dalam kursus selama tiga bulan, dan kemudiannya beralih kepada kohort kedua dan seterusnya, kata beliau.


"Penyertaan program seperti EDL yang konsisten akan memastikan generasi mempunyai keupayaan untuk memacu Malaysia ke hadapan menuju era kemajuan teknologi yang seterusnya," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page