top of page

Kerjasama teknologi AI Malaysia-UK perkongsian strategik bijak - Penganalisis



Oleh: Akmal Manaf


Usaha kerajaan meningkatkan hubungan dengan United Kingdom (UK) menerusi perkongsian strategik meliputi semua bidang antaranya teknologi Kecerdasan Buatan (AI) merupakan satu langkah perkongsian bijak masa hadapan.


Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, UK adalah antara negara maju yang menerajui teknologi AI terbaharu dan juga merupakan sekutu tradisi Malaysia.


Katanya, dengan perjanjian kerjasama yang dimeterai sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini, negara bakal mendapat manfaat perkongsian itu kerana UK berupaya menawarkan kepakaran teknologi terkini Eropah.


Malah menurut beliau, UK mudah melakukan pemindahan teknologi ke Malaysia berdasarkan hubungan kerjasama erat sejak puluhan tahun lalu.

Prof Madya Dr Mazlan Ali
Prof Madya Dr Mazlan Ali

''Eropah adalah negara peneraju dalam teknologi tinggi yang sebenarnya mempunyai asas penting kepada negara membangun seperti Malaysia.


''Jadi saya berpendapat, semua itu (kerjasama strategik) adalah hasil diplomasi dan juga imej Datuk Seri Anwar yang sangat dihormati di mata dunia.


''Saya fikir tidak semua sosok mampu menerajui Malaysia sejauh ini jika dibanding dengan apa yang sudah dibuat dan dicapai Datuk Seri Anwar setelah lebih dua tahun menerajui negara,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau mengulas demikian apabila ditanya pandangannya tentang kerjasama Malaysia dan UK dalam bidang teknologi AI.


Dalam pada itu Pengerusi Institut Kajian Strategik (ISIS), Prof Dr Mohd Faiz Abdullah pula dalam tulisannya berkata, kerjasama dalam bidang AI akan memberi kelebihan kepada Malaysia menghadapi persaingan dengan negara Asia Tenggara lain.


"Beberapa hari yang lalu, UK melancarkan Pelan Tindakan Peluang AInya, bertujuan untuk "mengecas turbo" integrasi AI ke dalam ekonominya.


"Pelan ini termasuk inisiatif seperti mengautomasikan tugas pentadbiran untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.


"Begitu juga, Pejabat AI Kebangsaan Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Disember 2024, berusaha memacu inovasi dan membangunkan Rangka Kerja Kawal Selia Penerimaan AI.


"UK, dengan kepakaran dan sumbernya, adalah rakan kongsi yang ideal untuk Malaysia. Mewujudkan mekanisme untuk perkongsian maklumat dan inisiatif bersama bakal menyediakan kedua-dua negara untuk memanfaatkan potensi transformatif AI sambil mengurangkan risikonya," kata beliau dalam tulisannya disiarkan Bernama.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page