top of page

Kerjasama strategik ASEAN hadapi cabaran keselamatan serantau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan terus akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama serantau menerusi bidang keselamatan, tegas Menteri Dalam Negeri.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, beliau bakal mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Keselamatan ASEAN (AMMTC) yang dijadualkan berlangsung di Melaka pada September ini.


Pada mesyuarat itu, sebanyak 10 agenda utama keselamatan serantau bakal difokuskan termasuk usaha menangani jenayah rentas sempadan, perkongsian risikan, pembinaan keupayaan serta pelaksanaan operasi bersama.


"Kita manfaatkan kepengerusian ASEAN pada tahun ini sebagai platform terbaik untuk bertukar maklumat dan pandangan, yang boleh diolah menjadi strategi menangani isu keselamatan secara lebih efektif," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau melawat pos kawalan sempadan di Pulau Mataking pada program taklimat dan tinjauan keselamatan bersama perwakilan asing di Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE) pada Sabtu


Sementara itu tambah Saifuddin, mesyuarat tiga hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh para menteri ASEAN bagi membentangkan serta membincangkan isu-isu kepentingan bersama negara-negara serantau.


"Ada perkara yang kita nampak, tetapi ada juga perkara yang kita tidak nampak, namun jiran kita nampak. Inilah antara elemen penting yang boleh disampaikan dalam mesyuarat ASEAN nanti," katanya.


Malaysia selaku pengerusi AMMTC komited memastikan usaha kolektif dalam memelihara keselamatan rantau ini dapat diperkukuh, sekali gus mengukuhkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat di seluruh ASEAN.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page