top of page

Kerjasama Segitiga IMT-GT catat pertumbuhan AS$109 bilion



Kerjasama ekonomi Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) telah menunjukkan peningkatan dagangan yang signifikan selepas pandemik Covid 19.


Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli yang menyertai Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Batam, kelmarin, pelbagai pencapaian positif telah direkodkan sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.


Katanya, nilai dagangan di rantau IMT-GT menunjukkan pemulihan dengan merekodkan AS$727 bilion pada tahun 2022, peningkatan sebanyak AS$109 bilion daripada tahun 2021.


"Begitu juga tumpuan kepada inisiatif-inisiatif dalam sektor pertanian dengan mengembangkan pertanian pintar bagi membina keterjaminan makanan.


"Inovasi dalam industri halal seperti Halal Blockchain, Sistem Pendaftaran Online Halal dan Sistem Bersepadu Maklumat Halal juga berkembang," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, katanya, Mesyuarat Peringkat Menteri yang ke-29 kali ini juga bersetuju agar negara anggota menekankan kepentingan mempertingkatkan sumber manusia untuk berkembang maju dalam arus Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), khususnya melalui peranan penting digital transformasi.


"Menteri menteri juga memberikan komitmen untuk mengurangkan perlepasan gas rumah hijau dalam subwilayah masing masing. Untuk tujuan ini, 42 bandar dalam IMT-GT telah komited melaksanakan sejumlah 210 projek berkaitan bandar hijau yang bertujuan mengurangkan pelepasan GHG, menangani pencemaran marin dan menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan.


"Para Menteri mengiktiraf peranan penting IMT-GT UNINET dalam menghubungkan kepakaran akademik dan penyelidikan kepada komuniti IMT-GT yang lebih luas. Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT diminta memainkan peranan yang lebih aktif dalam IMT-GT, kerjasama dengan memanfaatkan peluang perniagaan dalam subrantau.


"Malaysia turut menyokong usaha untuk mempercepatkan pemuktamadan IMT-GT, iaitu Rangka Kerja Kerjasama (FoC) mengenai Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ) dan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama minyak sawit," katanya lagi.


Mesyuarat berkenaan, kata Rafizi, turut disertai oleh H.E Airlangga Hartarto, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian dari Indonesia yang turut bertindak sebagai pengerusi mesyuarat dan H.E Julapun Amornvivat, Timbalan Menteri Kewangan Thailand.


Manakala pertemuan selanjutnya akan berlangsung di Johor pada tahun 2024 di mana-mana ketiga-tiga negara akan bertemu untuk melihat kemajuan seterusnya dan mengambil keputusan-keputusan penting ekonomi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page