top of page

Kerjasama PH-BN semakin mantap hadapi pilihanraya - Dr Zaliha



Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dilihat semakin baik terutama dalam menghadapi beberapa siri pilihanraya kebelakangan ini.


Hal itu diakui oleh Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa (gambar, dua dari kiri) ketika melawat parlimen Kemaman pagi tadi dan bertemu dengan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (gambar, kanan).


Katanya, selepas setahun tertubuhnya Kerajaan Perpaduan beliau melihat keyakinan rakyat kepada kerajaan juga makin bertambah.


"Kalau kita tengok sekarang ini, kita telah mencapai usia setahun Kerajaan Perpaduan. Kita telah lihat pelbagai perkembangan baik yang selama ini menjadi tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak stabil, ada kata kerajaan akan dijatuhkan sekali lagi dan sebagainya.


"Alhamdulillah sekarang kita tengok dah setahun dan keadaan lebih stabil. Bagi saya Datuk Seri Anwar telah berjaya meletakkan kembali Malaysia di peta dunia. Lebih banyak kita lihat pelabur asing datang melabur dan yakin kepada Malaysia.


"Ini adalah petanda bahawa kerajaan semakin stabil. Saya juga nampak rakyat semakin yakin.


"(Buktinya) kita lihat beberapa pilihanraya (di Johor dan Pahang) sebelum ini rakyat telah memilih calon Kerajaan Perpaduan," katanya dalam temubual ringkas oleh Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad nadhir Yop sempena lawatan kerjanya di parlimen tersebut.


Manakala harapan untuk calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pula, Dr Zaliha menggesa pengundi tempatan memilih Tan Sri Raja Affandi kerana beliau merupakan anak tempatan pertama yang mengharumkan nama daerah itu dan Terengganu apabila dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


"Saya doakan semoga Tan Sri berjaya untuk PRK Kemaman. Saya mendengar beliau anak tempatan yang pertama menjadi kenamaan (panglima) dari ATM.


"Ini adalah satu perkara baik dan saya harap rakyat di sekitar Kemaman memberi sokongan kepada Tan Sri dan meletakkan beliau sebagai wakil rakyat Kemaman (pada 6 Disember)," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page