top of page

Kerjasama PH-BN perlu diteruskan hadapi PRU16 - Ramanan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 7
  • 1 min read

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri R Ramanan (gambar) menyarankan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dipertahankan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16.


Menurut beliau, banyak kemajuan dicapai dan pembangunan dilaksana dalam kerangka Madani sekali gus menunjukkan hasil positif sepanjang hampir empat tahun memerintah termasuk pengukuhan mata wang ringgit dan ekonomi negara yang kini meningkat.


"Saya setuju kita semua meneruskan kerjasama, kalau dilihat sekarang, banyak perkara yang sudah dilaksanakan kerajaan. Lihat pengukuhan ringgit Malaysia, lihat kemajuan yang kami lakukan. Banyak rang undang-undang, banyak akta-akta yang kita sudah buat pindaan dan ambil tindakan.


"Kerajaan Madani adalah kerajaan yang berfungsi," katanya Menteri Sumber Manusia itu dipetik.


Sementara itu sebagai mengulas dakwaan yang mendakwa terdapat segelintir ahli peringkat akar umbi menolak kerjasama PH-BN, Ramanan menegaskan ia tidak memberi kesan besar terhadap kestabilan kerajaan.


"Mungkin daripada satu golongan yang kecil, mungkin ada. Tapi kalau kita lihat keseluruhan, tidak menjadi isu.


"KEADILAN ada sejuta ahli. adakah kita sudah dapat pandangan semua daripada mereka? Jadi pandangan itu, pandangan akar umbi yang mana?," soalnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page