Kerjasama PH-BN libatkan akar cipta momentum kemenangan
- Suara Keadilan
- Aug 10, 2023
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional bukan sahaja dizahirkan di pentas ceramah mega semata-mata.
Bahkan bagi calon DUN Bukit Selambau, Summugam Rengasamy, hal itu perlu dicerminkan melalui semangat kerja berpasukan di antara jentera bagi memantapkan barisan perpaduan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
"Saya sendiri melantik campaign manager dan wakil calon yang terdiri daripada BN dan PH.
"Dua orang pengarah mewakili UMNO, Cikgu Bad dan Pak Ya, mereka setiap hari lapor kepada saya dari segi monunikasi dan mobilisasi gerak kerja jentera.
"Sokongan daripada pimpinan dan jentera BN ini yang akan memberi peluang untuk kita kekal di DUN Bukit Selambau," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.
Jelas, penyandang kerusi tersebut kerjasama ini terbentuk sejak dari awal tahun yang mana pucuk pimpinan dua blok kerajaan tersebut telah mengadakan sesi suaikenal dan pertemuan.
"Saya dah buat gerak kerja dari awal Januari, kita banyak kali adakan pertemuan dan perbincangan, setakat ini mereka memberi sokong penuh kepada saya.
"Dan semasa berkempen di lapangan seperti edaran risalah pimpinan MCA, MIC dan komponen PH sendiri hadir membantu saya.
"Jadi bila masyarakat tengok mereka rasa terpegun dan ramai yang memberi sokongan, bagi saya ia amat luar biasa," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Summugam Rengasamy calon KEADILAN (PH) bakal berdepan dengan calon Azizan Hamzah yang mewakili PN dan seorang calon Bebas.
Comentários