top of page

Kerjasama PH-BN beri kelebihan pertahan Negeri Sembilan



Seorang pemerhati politik menyifatkan kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan.


Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata, dengan mengambil kira prestasi kedua-dua parti itu yang berjaya mendominasi kesemua lapan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan BN menguasai lima dan PH tiga, adalah tidak mustahil kedudukan di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) turut bakal mencapai keputusan yang sama, sekali gus menjadi negeri tanpa pembangkang.


"Gambarannya pada PRN kali ini lebih terbeban kepada PN, kalau kita tengok dalam konteks PRU15, Negeri Sembilan negeri paling selamat untuk BN dan PH, dan satu-satunya negeri yang PN tidak berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen.


"Gabungan PH dan BN ini memperlihatkan kekuatan yang lebih kukuh menerusi beberapa faktor, antaranya prestasi BN pada PRU15 yang dapat merampas semula kerusi Parlimen Tampin dan Kuala Pilah, dan PH juga mempunyai kelebihan dengan kemenangan terutamanya di kawasan bandar," katanya dipetik laporan Bernama.


Pada PRU14, Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi menyaksikan PH menguasai 20 kerusi (DAP (11), PKR (6), Amanah (3)) manakala BN, 16 kerusi, UMNO 15 dan MIC 1.

Selain itu jelas Majibu, ketokohan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan kedua-dua parti itu di Negeri Sembilan.


"Tok Mat (Mohamad Hasan) dan Datuk Aminuddin merupakan dua tokoh yang kuat. Kalau kerjasama itu dapat diterjemahkan dengan baik untuk mengekalkan undi sedia ada, maka tiada masalah untuk gabungan itu (PH-BN) terus mempertahankan negeri ini," katanya.


Bagaimanapun beliau berkata dalam memastikan kemenangan, kedua-dua parti itu perlu mempergiatkan usaha dalam mengekalkan sokongan pengundi bagi mengelakkan undi protes.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page