top of page

Kerjasama pengangkutan Malaysia - Indonesia diperkukuh



Kerjasama dua hala sektor pengangkutan antara Malaysia dan Indonesia akan diperkukuh, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media bersama Menteri Pengangkutan Republik Indonesia, Budi Karya Sumadi di lobi Dewan Rakyat semalam beliau berkata pengukuhan kerjasama itu meliputi sektor pengangkutan udara dan laut.


Ia antaranya dengan menambah kekerapan dan mengembalikan penerbangan ke destinasi pilihan di Indonesia yang sebelum ini dihentikan.


"Syarikat-syarikat penerbangan dari Malaysia akan diminta menambah kekerapan penerbangan di destinasi-destinasi di Indonesia khususnya di Jakarta yang kita tahu permintaannya melebihi kapasiti.


"Selepas pandemik Covid-19, ada beberapa destinasi dihapuskan khususnya di Banda Acheh yang sebelum ini ditawarkan AirAsia.


"Jadi kita akan minta syarikat penerbangan itu mengembalikan semula perkhidmatan penerbangan antara Malaysia ke Banda Acheh," katanya dalam sidang media itu.


Mengulas mengenai pengangkutan laut, Anthony Loke berkata beliau telah berbincang dengan Budi mengenai kemungkinan untuk menghidupkan perkhidmatan feri pengangkut 'Roll On Roll Off' (RORO) antara Tanjung Bruas, Melaka dan Dumai, Sumatera, Indonesia.


Beliau turut menyatakan harapan menjelang 2024, perkhidmatan RORO yang boleh membawa kenderaan dari Dumai ke Tanjung Bruas dapat diperkenalkan.


Sementara itu, Budi dalam sidang media sama turut memberitahu, pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara dalam sektor pengangkutan adalah seiring dengan permintaan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang percaya ia mampu memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi termasuk merancakkan lagi sektor pelancongan antara kedua-dua negara.


Dalam perkembang lain, Anthony Loke berkata, kementeriannya berharap kerajaan akan memberi peruntukan yang lebih besar bagi sektor pengangkutan awam dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini.


Suntikan dana daripada kerajaan itu jelasnya amat penting bagi memperkasa keperluan pengangkutan awam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page