Kerjasama dalam kalangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kali ini akan dilakukan dalam ruang lingkup untuk mendapatkan cukup sokongan bagi membentuk semula kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Pengarah Komunikasi Amanah, Ir Khalid Samad, tidak timbul kerjasama tersebut membawa Bersatu atau Pas sebagai sekutu kerana ketika ini kedua duanya adalah parti kerajaan.
"Ada banyak polemik (berkenaan kerjasama) sampai orang tak faham apa itu konsep khemah besar. Ada kata khemah besar termasuk Umno, ada kata termasuk Bersatu.
"Ada kata supaya Tun Mahathir jadi Perdana Menteri. Namun konsep khemah besar ini hanya nak satu padukan pembangkang. Nak berkerjasama supaya undi tak terpecah
"Pembangkang itu, sya tegaskan tidak termasuk Bersatu dan Pas kerana mereka masih lagi kerajaan. Jadi apa yang kita dapati pengalaman kita di Melaka dan Johor kalau kita bersendirian, terbukti tidak cukup sokongan untuk menang.
"Pada PRU 14 PH menang kerana ada Bersatu bersama dan mereka membawa sebahagian pengundi Umno. Tetapi dalam PRN Melaka dan Johor, Bersatu tiada lagi," katanya dalam forum Borak Dahsyat bertajuk: 'Apa Ada Dengan Khemah Besar," malam tadi.
Bagi Khalid, tiada formula mudah yang boleh dilaksanakan menjelang hanya beberapa bulan sebelum PRU 15.
Ujarnya, PH kini dalam tekanan kerana berlaku peningkatan undi yang signifikan kepada PN dalam beberapa siri pilihan raya negeri tahun lalu.
"Sebab itu kita lihat di Melaka undi PN meningkat. Kita, PH hilang 14% undi popular dan PN dengan Pas mendapat 14% tambahan
"Dulu Pas dapat 11% sekarang dapat 25% undi popular. Dulu kita dapat 51% sekarang dapat 37%. Kalah dengan Umno yang dapat 38%. Ini jadi masalah.
"Apa kita lakukan? Kita usahakan supaya yang sama sama mennetang BN jangan berpecah supaya kita boleh tarik balik sebahagian undi Bersatu dan Pas. Dengan itu kita menang PRU akan datang," katanya.
Mengenai hujah yang mengatakan pembangkang mempunyai banyak isu atau peluru untuk menyerang BN - PN, Khalid tidak bersetuju.
Katanya, sebanyak mana pun isu sekirangan pembangkang berpecah maka BN akan tetap menang sebagaimana dibuktikan dalam PRN Melaka dan Johor.
"Kita sekarang ada banyak isu tetapi kalau undi pecah kita tetap akan kalah. Undi umno tak lari. Pada PRU 14 di Melaka mereka dapat 38%, pada PRN pun 38%
"Bagi PH pula, undi kita berubah kerana bergantung kepada siapa bersama kita. Kita kena cuba menambahkan sokongan kepada PH dengan adanya gabungan dan kerjasama dengan pembangkang lain. Ini persoalan strategi," tegas Khalid lagi.
Comments