Kerjasama negeri PH: Atas semangat Merdeka Selangor sumbang 20,000 dos vaksin ke Pulau Pinang


Kerjasama antara negeri-negeri Pakatan Harapan terbukti dengan pemberian 20,000 dos vaksin Covid 19 sumbangan Selangor ke Pulau Mutiara.


Menurut kenyataan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, kerjasama itu adalah bagi mempercepatkan program vaksinasi berikutan peningkatan kes harian di Pulau Pinang melebihi 1,700 kes sehari.


"Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAV) sehingga 30 Ogos 2021, seramai 1.14 juta warga Pulau Pinang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, yakni 64.4 peratus daripada populasi keseluruhan. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 55.7 peratus daripada populasi dewasa Pulau Pinang telah pun lengkap divaksinasi.


"Justeru, bagi mempercepatkan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia dan memutuskan rantaian penularan wabak ini, Kerajaan Negeri Selangor pada 19 Ogos lalu telah mengumumkan hasrat untuk meminjamkan stok 500,000 vaksin SelVAX kepada negeri-negeri lain.


"Meminjam semangat Hari Kebangsaan, Kerajaan Negeri Selangor amat berbesar hati menyumbangkan 20,000 dos vaksin kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara percuma," kata kenyataan tersebut.


Bagi kerajaan Selangor, dengan populasi di negeri itu termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sudah divaksin dos pertama mencecah 91.1% dan dos kedua mencecah 81.4% maka stok vaksin berbaki bolehlah disumbang atau dipinjamkan ke negeri lain seperti Pulau Pinang.


"Ini merupakan tanda solidariti antara warga Selangor dengan warga Pulau Pinang dalam perang melawan Covid-19.


"Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas inisiatif semua pihak dalam menjayakan usaha murni yang mengeratkan lagi hubungan antara dua negeri ini.


"Semoga usaha ini membantu dalam mempercepatkan kekebalan kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat Malaysia," kata kenyataan itu lagi.


Selain Pulau Pinang, Perak juga telah menghantar surat rasmi untuk meminjam vaksin dari Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER