top of page

Kerjasama Malaysia - Thailand mampu beri manfaat besar



Malaysia dan Thailand dapat mengambil manfaat dari kerjasama erat antara dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap dalam Majlis Minum Petang bersama Diaspora Malaysia di Thailand petang semalam, Perdana Menteri berkata, negara jiran itu mempunyai kelebihan dalam bidang keselamatan makanan, teknologi maklumat dan pengangkutan yang boleh dimanfaatkan Malaysia.


Justeru Malaysia berminat meningkatkan hubungan bilateral bagi mempelajari kemajuan Thailand.


"Thailand mempunyai bidang-bidang tersebut, termasuk keselamatan makanan. Malaysia lebih cemerlang dalam sektor getah dan sawit. Bagaimanapun, dalam isu makanan, umumnya kita ketinggalan.


"Beberapa bidang lain iaitu teknologi maklumat (IT), pengangkutan, tenaga Thailand lebih ke hadapan. Meningkatkan hubungan dua hala dengan Thailand akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.


"Menteri-menteri dan Timbalan Menteri yang lain dalam perjalanan singkat ini, mesej jelas bahawa kita akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan hubungan itu adalah cemerlang dan menggunakannya untuk kepentingan rakyat kita sendiri, dari segi keselamatan, mata pencarian, perdagangan, pelaburan, aktiviti bersama, usaha bersama dalam perniagaan dan perdagangan.


"Tetapi ia harus melangkaui ekonomi dan keselamatan kepada budaya dan pendidikan, begitu banyak persamaan, cabaran yang kita hadapi bersama," katanya dalam majlis minum petang itu.


Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand bagi memenuhi undangan Jeneral Prayut Chan-o-cha, Perdana Menteri Thailand.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page