top of page

Kerjasama kerajaan - pembangkang baik, lebih baik laksanakan cadangan diberi sebelum ini


Kerjasama kerajaan - pembangkang sebagaimana diikrarkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) semalam dianggap permulaan yang baik kepada masa hadapan politik Malaysia.


Bagaimanapun, menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, adalah lebih baik pada peringkat perbincangan jawatankuasa kelak, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan terlebih dahulu pendapat yang dikemukakan oleh PH ketika pertemuan untuk membentuk Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama menteri penyelaras pemulihan pada era pentadbiran PN Mahiaddin Yassin dahulu.


"Sebelum penubuhan majlis itu (MPN), PH sudah dipanggil oleh menteri penyelaras pemulihan Tengku Zafrul. Panggil Ahli Parlimen dari parti-parti untuk diberi taklimat, selepas itu mendapat pandangan.


"Hasil daripada itu Zafrul bentangkan dalam sidang Parlimen (akhir Julai). Singkat ceritanya, pembentangan itu putus sebab hakikatnya ia cuma penerangan dan bukan memanfaatkan pandangan-pandangan daripada pembangkang.


"Kalau kerajaan baru ikhlas mahu dapatkan pandangan, maka saya rasa elok laksanakan pandangan yang telah pembangkang beri dahulu.


"Contohnya kalau daripada KEADILAN ketika itu Wong Chen dan dua orang lagi dipanggil dalam perbincangan bersama Tengku Zafrul, DAP pun ada beri pandangan, amanah pun ada," kata Syed Ibrahim.


Tegas Ahli Parlimen Ledang itu lagi, dengan melaksanakan cadangan yang telah diberi maka sebahagian masalah pentadbiran kerajaan BN-PN boleh diselesaikan segera.


Selain itu, beliau juga berharap sekiranya cadangan pembangkang dalam MPN diterima kerajaan kali ini maka sebaik-baiknya diwar-warkan asal cadangan tersebut daripada pihak mana bagi menunjukkan muafakat kepada rakyat.


Bagaimanapun, ujarnya, ikrar kerjasama lebih kepada formaliti tetapi yang diharapkan rakyat adalah hasil akhir dalam perang melawan pandemik dan memulihkan ekonomi negara.


"Soal majlis ini bagi saya adalah formaliti bagi menunjukkan PM bagi ruang kepada pembangkang. Keduanya melaksanakan titah Tuanku Agong.


"Bagi saya rakyat tengok dari segi apa yang akan dibuat. Adakah benda (kerjasama itu) itu betul-betul ada solusi (terhadap masalah negara)," katanya lagi.


Syed Ibrahim berharap kerjasama kali ini menjadi kenyataan dan tidak sebagaimana penglibatan pembangkang dalam jawatankuasa yang dibentuk oleh pentadbiran Mahiaddin sebelum ini yang 'tersangkut separuh jalan'.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page