top of page

Kerjasama GRS, PH mampu wujudkan kestabilan Sabah - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read

MB Amirudin (tiga dari kanan) gembira melihat jentera GRS berbaju biru putih turun membantu calon PH
MB Amirudin (tiga dari kanan) gembira melihat jentera GRS berbaju biru putih turun membantu calon PH

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) ditampilkan dalam kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 menjadi satu bentuk kesepaduan politik yang mampu mewujudkan kestabilan di negeri itu.


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu dapat terjemahkan dalam aktiviti membantu calon PH kerusi Petagas, Awang Husaini Sahari pada program ceramah kelompok di Kampung Duvanson semalam.


"Ramai rakan-rakan GRS turut hadir memberikan sokongan.


"Inilah satu bentuk kesepaduan politik yang harus dipertahankan demi kestabilan Sabah," katanya dalam hantaran di media sosial.


Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata semangat di Petagas begitu jelas apabila PH bertanding di kawasan itu bukan sekadar berkongsi visi, tetapi untuk memastikan suara rakyat Sabah diberi tempat, diberi pembelaan dan diberi kuasa.


"Ayuh Urang Petagas, kita menangkan Awang Husaini dan pastikan Petagas berpihak kepada HARAPAN!" seru beliau penuh keyakinan.


Terdahulu dalam rangka kunjungannya ke Sabah sebelum pulang ke Selangor, Amirudin membantu aktiviti kempen calon PH kerusi Tulid, Datin Rufinah Pengeran di Keningau.


Kata beliau, Ketua Wanita KEADILAN Sabah itu merupakan seorang pemimpin wanita berwibawa, berpengalaman dan komited memperjuangkan pembangunan luar bandar serta kebajikan komuniti.


"Dengan sokongan kuat Kerajaan Persekutuan dan PH di Sabah, kita yakin pelbagai isu setempat dapat diselesaikan dengan lebih berkesan, daripada infrastruktur asas, peningkatan ekonomi rakyat hingga penyelesaian masalah berlarutan yang membebankan masyarakat.


"Undi calon No 4, Datin Rufinah yang membawakan naratif pembangunan yang lebih stabil, inklusif dan berpihak kepada rakyat Tulid," ujar beliau

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page