top of page

Kerjasama erat PH-BN beri harapan kemenangan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 18, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob optimis calon Perpaduan mampu memberi tentangan sengit dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.


Jelasnya, keyakinan itu dizahirkan susulan kerja kuat dan kesefahaman yang ditampilkan jentera dan pimpinan negeri sepanjang kerjasama itu terbentuk sejak December tahun lalu.


"Dari segi kerjasama kami banyak melakukan perbincangan terus secara bersama dengan pimpinan.


"Ia menunjukkan peluang untuk menang lebih tinggi kerana momentum keserasian itu telah ada dan kita harap sokongan ini mampu menarik lebih ramai untuk memilih calon Perpaduan," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.

Ahmad Nadhir Yop

Justeru, bagi menyelusuri kemenangan, Nadhir menekan kepentingan tempoh 14 hari berkempen itu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.


"Dalam tempoh berkempen itu, selain daripada kita membantu dalam sosial media, pendekatan turun padang juga akan dilakukan.


"Aktiviti dari rumah ke rumah dan program untuk menyantuni pengundi di Kemaman akan dibantu jentera Pakatan Harapan (PH)," ujarnya.


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman.


Sejurus itu, calon mempunyai 14 hari tempoh berkempen bagi meraih undi di kawasan Parlimen berkenaan yang mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kemasik, Kijal, Air Putih dan Cukai.


Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page