Kerja keras Nurul Izzah bantu kempen PH NS suntik semangat kemenangan
- Noraini Nordin

- 2 days ago
- 2 min read

Sorotan Khas PRN N Sembilan: Masa yang semakin bersisa tidak dipersiakan-siakan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Sejak semalam Nurul Izzah Anwar mempunyai jadual yang amat padat dalam usaha memastikan gerak kerja kempen membantu Pakatan Harapan (PH) PRN Negeri Sembilan untuk menang bergaya .
Menjelang hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi pada esok (1 Ogos) beliau turun ke beberapa lokasi sasaran di Negeri Sembilan menyantuni pelbagai komuniti demi memastikan kerajaan PH kekal di negeri ini.
Kepekaan Nurul Izzah terhadap PRN Negeri Sembilan telah bermula sebaik sahaja DUN Negeri Sembilan dibubarkan.
Beliau turut mengadakan beberapa siri perbincangan secara tertutup dengan pimpinan negeri serta cabang berkaitan persiapan PRN serta isu-isu berkaitan.
Menyantuni komuniti Cina, Orang Asal
Menyusuri dairi kempen Nurul Izzah petang semalam, usaha beliau mendekati pelbagai golongan pengundi wajar dihargai.
Program pertama yang dihadirinya ialah Forum Adat Merentas Zaman di DUN Seri Menanti yang diadakan di Seri Menanti Resort pada jam 12.30 tengahari. Dalam program tersebut Nurul Izzah beramah mesra dengan pemimpin setempat termasuk kumpulan 'ibu soko' Sri Menanti.
Kemudian pada 2.00 petang - 3.00 petang, aturcara beliau ialah menghadiri perjumpaan tertutup di Allson Klana Resort, Seremban.
Seterusnya pada jam 3.00 petang, Nurul Izzah bergerak ke DUN Juasseh untuk menghadiri satu program di sana. Program tersebut adalah Jalinan Kasih Masyarakat Asal DUN Juasseh pada jam 4.00 hingga 6.00 petang.
Bermula jam 8.00 malam pula, Nurul Izzah akan menghadiri Ramah Mesra Bersama Komuniti Cina DUN Pilah yang diadakan di Tokong Si Thian, Kuala Pilah.
Hari ini jelajah Nurul Izzah diteruskan ke daerah Port Dickson melibatkan DUN Chuah, Sri Tanjung dan Linggi.
Bermula waktu pagi di Dun Chuah, Nurul Izzah hadir dalam program bersama masyarakat Cina di Chung Hwa High School, Ziarah kasih di Bukit Pelandok dan Kampung Sungai Nipah.
Pada waktu tengahari, Nurul Izzah melakukan walkabout Arked MARA, di DUN Sri Tanjung.
Manakala dalam jelajah di Seremban pula Timbalan Presiden KEADILAN menghadiri program doa selamat dan minum petang bersama masyarakat Sikamat.
Nurul Izzah juga turut bersama dalam program Konvoi bersama Anak Muda DUN Labu yang diadakan di Bandar Baru Enstek.
Jelajah Nurul Izzah berakhir lewat petang dengan mengadakan Walkabout di Pasar Malam Bandar Baru Sunggala DUN Linggi.
Kempen secara konsisten
Dengan kerja keras Nurul Izzah dan semua pihak yang lain hingga ke saat-saat akhir ini, matlamatnya tidak lain ialah untuk memastikan PH kekal mentadbir Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun akan datang.
Kehadiran Nurul Izzah menyertai kempen secara konsisten di Negeri Sembilan menyuntik semangat calon-calon, para jentera serta penyokong tegar PH untuk memaksimum masa yang bersisa menawan pengundi-pengundi di Negeri Sembilan.
Semoga dengan sentuhan Nurul Izzah ini dapat membantu PH beroleh kemenangan, seiring dengan gerak kerja jentera kempen di pelbagai peringkat yang terus bekerja keras hingga saat-saat akhir.




Comments