top of page

Keretapi RTS: 'Projek lulus era Tun M, mungkin dia lupa' - Anthony Loke



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya bersedia untuk memberi taklimat khusus kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.


Beliau menjelaskan keputusan untuk meneruskan projek tersebut dibuat pada 2019 ketika Kabinet dipengerusikan oleh Tun Mahathir sendiri, ketika beliau adalah Perdana Menteri ke-7 sebelum ini.


"Biar fakta ini (Projek RTS) jelas, kalau Tun mahu maklumat lengkap, saya bersedia untuk bagi taklimat khusus kepada beliau," katanya dipetik pada sidang akhbar selepas merasmikan 57th ASEAN Senior Transport Offical Meeting (STOM) di George Town, Pulau Pinang semalam.


Anthony berkata, Dr Mahathir berkemungkinan lupa mengenai projek berkenaan yang telah diluluskan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.


"Saya ketika itu sebagai Menteri Pengangkutan, saya yang bentangkan kertas Jemaah Menteri untuk meneruskan Projek RTS ini dan diluluskan oleh Tun sendiri. Malah pada 31 Oktober 2019, beliau hadir di Johor Bahru ketika itu, gambar beliau ada di sana.


"Tajuk berita ketika itu 'Kerajaan teruskan Projek RTS Bukit Chagar, Johor ke Woodlands North, Singapura. Tun ada di sana, saya yang menemani beliau dalam sidang media tersebut. Beliau yang mengumumkan, jadi mungkin beliau dah lupa," katanya.


Dalam hantaran di Facebook, Dr Mahathir berkata, tiang-tiang konkrit sedang meninggi merentasi Selat Tebrau dan menyifatkan ‘perkara hebat’ sedang berlaku di Selatan dipercayai merujuk kepada projek RTS.


Menurutnya, walaupun tidak mendengar banyak laporan mengenai projek berkenaan di dalam negara, namun beliau percaya sudah tentu ia tidak boleh dibina tanpa kelulusan kerajaan Malaysia.


Dengan secara sinis, Dr Mahathir berkata Malaysia sentiasa meluluskan projek Singapura dan mengungkit kembali kegagalan projek jambatan bengkok merentasi Tambak Johor yang diusulkan ketika pentadbiran beliau sebelum bersara kali pertama 2003 lalu namun ditolak oleh republik itu.


"Tun sepatutnya bercakap berdasarkan fakta. Beliau berkata berita mengenai projek itu kurang pendedahan. Ini tidak betul, kita hampir setiap bulan bercakap pasal RTS, dalam media hampir setiap minggu ada laporan (pasal RTS).


"Saya tidak tahu sama ada beliau dapat maklumat benar atau tidak. Saya menghormati Tun sebagai mantan Perdan Menteri. Tetapi biarlah cakap berdasarkan fakta untuk mengatakan bahawa laporan mengenai pendedahan tidak ada, ini tak betul," katanya.


Jelas beliau, projek RTS merupakan satu perangsang kepada pembangunan di Johor.


"Jika nak kata beliau tidak mengetahui pasal RTS ini, tak betul kerana beliau sendiri yang luluskan semula projek ini. Projek ini yang betul, pada asalnya dimulakan semasa pentadbiran BN di bawah Najib (Tun Razak) sebelum pilihan raya umum (PRU) 2018.


"Tetapi selepas PRU 2018, kita tangguhkan dan kita bincang semula, ada perubahan daripada segi skop projek dan cara pelaksanaan projek.


"Pada 2019, selepas perbincangan semula dan rundingan dengan Singapura, saya membawa ke Kabinet dan diluluskan oleh Tun," katanya.


Projek RTS Link adalah rangkaian kereta api ulang-alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen masing-masing di Bukit Chagar dan Woodlands North, Singapura.


Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang setiap jam bagi setiap arah dan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen, RTS Link akan menyediakan perjalanan mudah dan selesa antara Singapura dan Johor Bahru.


Sistem pengangkutan yang dianggarkan melibatkan belanja RM10 bilion itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2027.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page