top of page

Kerat 2.0: Puad jangan campur urusan parti lain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

Updated: 1 hour ago



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakashi diingatkan agar menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan kenyataannya yang lebih sudu daripada kuah serta dakyah songsang.


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad menegaskan, apa yang berlaku terutama dalam pemilihan KEADILAN 2025 minggu lalu, merupakan urusan dalaman parti berkenaan.


"Hormatilah KEADILAN sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan. Peliharalah kestabilan Kerajaan Perpaduan. Apa yang berlaku dalam KEADILAN adalah urusan keluarga KEADILAN. Biar anggota keluarga parti yang hadap dan selesaikan.


"Sama ada pemilihan kali ini atau pemilihan sebelum-sebelum ini, tiada agenda ‘siapa kerat siapa’. Pemilihan dilaksanakan bukan kerana hendak kerat orang tertentu seperti yang didakwa Puad Zarkashi, tetapi bagi memenuhi tanggungjawab parti terhadap Perlembagaan," katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Faezuddin berkata, Puad sebagai orang lama dalam politik sudah tentu tahu adat dalam pemilihan sesebuah parti politik yang tentu ada pihak kalah atau menang.


"Kita akui ada berlaku pertembungan kefahaman atau ideologi perjuangan, namun pengalaman pemilihan sebelum ini membuktikan semuanya bersifat sementara dan akan terhenti setakat pemilihan itu saja.


"Pemilihan parti selama ini tidak pernah sekalipun melemahkan parti atau merobek semangat anggotanya daripada berhenti berkhidmat kepada rakyat," ujarnya lagi.


Menurut Faezuddin, sebaik saja selesai pemilihan, semua sekali termasuk yang kalah akan 'dikumpulkan' sebagai satu keluarga KITA KEADILAN.


"Sepertimana nasihat Presiden (Datuk Seri Anwar), kita akan rangkul semuanya sebagai satu keluarga KITA KEADILAN. Itulah uniknya KEADILAN.


"Pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh anggota dan pimpinan parti selama ini sentiasa akan menjadi pedoman serta panduan untuk membawa parti menjadi lebih kuat pada masa hadapan," katanya lagi.


Semalam, Puad dalam satu muat naik di Facebooknya berkata, tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli melepaskan jawatan sebagai Menteri Ekonomi menyelamatkannya daripada menjadi mangsa kerat 2.0 dalam parti tersebut.


Antaranya Puad mendakwa, reputasi pemilihan KEADILAN 2025 ‘dikoyak-rabak' oleh Rafizi yang juga bekas timbalan presiden parti.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page