top of page

Kerapuhan kerajaan PN punca dasar negara bermasalah - Fahmi



Dasar luar dan dalam Malaysia yang bermasalah berpunca daripada kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional sejak setahun lalu.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, masalah itu tidak dapat diselesaikan oleh PN kerana kelemahan struktur gabungan itu sendiri.


"Kita lihat bila rapuh, isu dasar, polisi cukup bermasalah. Kita tahu Menteri Luar (mengungkapkan) hubungan beliau dengan Menteri Luar China seperti adik dengan abang. Itu bukan sesuatu yang baik. Merupakan satu kesilapan diplomatik yang sangat besar. Apakah beliau tidak diberikan taklimat oleh Wisma Putra sebelum mengeluarkan kenyataan itu?


"Saya harap kita ikhtiarkan sesuatu dalam keadaan darurat sedia ada, untuk mencari jalan kembali berkuasa atau pun bersiap sedia berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15," katanya ketika ditanya wartawan sewaktu mesyuarat Agung KEADILAN Cabang Lembah Pantai, semalam.


Bagi Fahmi, kerapuhan kerajaan PN amat perlu dipelajari oleh Pakatan Harapan agar tidak mengulangi kesilapan sama jika terpilih menjadi kerajaan pada masa hadapan.


"Mungkin formula yang mereka gunakan perlu kita pelajari untuk kita elakkan agar tidak berlaku di masa hadapan. Yang mana mungkin dalam keadaan mereka merampas kuasa dahulu benda-benda yang disebut seperti kejujuran dan keikhlasan itu (tidak) menjadi masalah besar


"Itu kita kena muhasabah dan menghindari perkara itu. Bagi KEADILAN, kita fokus kepada mengukuhkan PH. Untuk KEADILAN sendiri, kita fokus kerusi yang Ahli Parlimennya mengkhianati kita. Fokuskan cabang di situ serta tampilkan tokoh yang boleh membantu kita memenangi semula kerusi berkenaan," katanya.


Barisan kepimpinan Lembah Patai bersama Dr Wan Azizah protes mahu Parlimen dibuka dan laksanakan Undi 18

Ditanya mengenai hubungan KEADILAN dan Umno, Fahmi berkata tiada hubungan rasmi dengan parti tersebut sebagaimana yang dinyatakan Umno dalam perhimpunan agung mereka yang lalu, tidak menjalin hubungan dengan pihak-pihak baharu.


"Masuk ke dalam PRU 15 tiada hubungan, Umno juga membuat kenyataan sedemikian. Malah mereka tidak mahu ada hubungan dengan sesiapa pun. Mungkin itu strategi mereka.


"Bagi KEADILAN yang menjadi fokus adalah PH itu sendiri. Itu adalah tunjang atau tiang seri yang penting untuk KEADILAN. Dalam masa terdekat pimpinan akan adakan pertemuan setiap minggu," katanya.


Menjawab pertanyaan mengenai persediaan PRU pula Fahmi berkata, persiapan telah pun berjalan sejak beberapa bulan lalu dan akan lebih giat dalam bulan-bulan mendatang.


"Bagi KEADILAN Lembah Pantai kita telah melancarkan jentera hari ini. Dari segi jentera ini adalah old fighter di Lembah Pantai. Lepas Langkah Sheraton tidak banyak yang keluar dari KEADILAN di Lembah Pantai.


"Usaha kita laksanakan untuk menaikkan semangat ahli parti akar umbi. Kita lihat Datuk Seri Anwar pergi menyantuni cabang-cabang seperti di Ampang, Gombak dan menjemput masuk tokoh-tokoh baru seperti Adflin Shauki, Hans Issac. Ini adalah langkah-angkah untuk mengukuhkan parti," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page