top of page

Kerangka Ekonomi MADANI tunjuk prestasi positif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14
  • 1 min read


Kerangka Ekonomi MADANI yang diperkenal kerajaan telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, prestasi kerangka Ekonomi MADANI itu dapat dinilai menerusi beberapa indikator penting.


Ia termasuklah indikator pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran, tahap kemiskinan, inflasi, perdagangan dan pelaburan serta kedudukan fiskal negara.


"Jadi indikator-indikator ini menunjukkan pencapaian positif setakat hari ini...kadar pengangguran stabil pada 3.2 peratus dan kadar kemiskinan telah pun menurun 8 peratus.


"Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula meningkat 5.1 peratus dan inflasi menurun 1.8 peratus dan jumlah perdagangan meningkat 9.2 peratus kepada RM2.9 trilion.


"Pengeluaran hutang baharu telah berkurangan sebanyak 17 peratus manakala defisit fiskal bertambah baik iaitu meningkat kepada 4.1 peratus," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada Khamis.


Mengulas lanjut Dr Zaliha menjelaskan semua indikator itu termasuk jumlah pelaburan diluluskan yang turut meningkat 14.9 peratus kepada RM378.5 bilion sekaligus mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu membuktikan keberkesanan dasar ekonomi dan juga tadbir urus Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan inklusif dan berdaya tahan.


"Kerajaan akan terus menyesuaikan strategi bagi memastikan manfaat ekonomi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil dan juga saksama," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page