top of page

Kerancakan ekonomi, kos kehidupan rendah, ekspatriat pilih Malaysia



Seramai 120,183 pegawai ekspatriat atau pegawai dagang berkhidmat di Malaysia setakat 31 Oktober lalu dengan warga China merekodkan jumlah tertinggi iaitu 27,460 orang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution.


Beliau berkata klasifikasi ekspatriat yang dikeluarkan pas oleh Jabatan Imigresen tersebut memiliki tiga kategori tangga gaji iaitu RM10,000 ke atas, RM5,000 hingga RM9,999 dan RM3,000 hingga RM4,999 sebulan.


"Sehingga 31 Oktober, kita ada 120,183 pegawai ekspatriat dan saya petik lima negara tertinggi, ini semua kategori...bidang perkhidmatan bidang IT dan lain-lain.


"Cina (27,460), India (23,131), Filipina (9,302), Jepun (8,739), Indonesia (8,333) yang mewakilii 64%. Lain-lain negara adalah 36% daripada 120,183," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah [BN-Paya Besar] pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau bertanya mengenai jumlah dan peratusan warga asing bertaraf nilai tinggi (ekspatriat) yang berhijrah ke Malaysia mengikut pecahan negara dan nilai sumbangan ekonomi mereka sejak dari tahun 2019 hingga 2023.


Saifuddin berkata impak ekonomi daripada kehadiran ekspatriat tersebut, secara langsung atau tidak langsung, mereka membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


"Mereka tinggal di sini, anak mereka bersekolah, mereka melancong, perbelanjaan domestik mereka, mereka bayar bil utiliti, mereka melabur," ujarnya.


Jelasnya kayu ukur kepada nilai sumbangan ekonomi golongan tersebut, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mengangkat angka sumbangan atau impak ekonomi keberadaan pegawai ekspatriat di negara kita ialah RM75 bilion, menyamai 4.8% daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


"Kayu ukur yang kedua adalah LHDN yang mengumpul sehingga RM100 juta cukai pendapatan daripada kelompok ini," katanya.


Mengenai penilaian terhadap Malaysia dari segi daya tarikan kepada ekspatriat, beliau menyatakan, Ranking Bandar Ekspatriat 2023, Kuala Lumpur berada pada kedudukan kelapan daripada 49 bandar utama dunia.


"Apa tarikan kita? Pertama, kos sara hidup secara relatifnya adalah rendah untuk pegawai ekspatriat ini.


"Yang kedua, kestabilan politik. Ketiga mereka melihat potensi kerancakan ekonomi dan keempat adalah kemahiran dalam kalangan rakan sekerja tempatan.


"Mereka mudah komunikasi kerana penguasaan bahasa dan faktor-faktor ini menyumbang kepada kedudukan Malaysia pada ranking kelapan tahun lepas," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page