top of page

Kerakyatan anak: Hanya Kerajaan Perpaduan berjaya selesai isu




Pemimpin kerajaan Negeri Sabah menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan susulan keputusan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam satu kenyataan berkata, perjuangan panjang untuk memberi keadilan kepada anak-anak tersebut akhirnya diselesaikan oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kita memuji keputusan ini kerana sekian lama ia menyebabkan kebimbangan kepada semua golongan wanita berkaitan.


"Kini, hanya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu mencapai keputusan yang ditunggu-tunggu ini," katanya.


Pada Sabtu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan keputusan kerajaan itu.

Saifuddin berkata, ia akan dilakukan menerusi cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’ bagi membolehkan ibu warga Malaysia mendapat hak menurut Perlembagaan Persekutuan.


Sementara itu Christina yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah berkata, keputusan kerajaan itu bukan sahaja kemenangan kepada ibu warganegara Malaysia yang terkesan dengan isu kewarganegaraan anak mereka.


Ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada wanita di negara ini yang telah berhadapan dengan ketidakadilan gender walaupun wujudnya undang-undang yang melarang diskriminasi dalam gender.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page