top of page

Kerajaan zalim: 'Zaman Firaun dulu dia tolong orangkah?' - Abdullah Sani



Keputusan Pilihan Raya Negeri dua minggu lalu bukan sepenuhnya terjadi dengan kesedaran rakyat yang membuang undi.


Bagi Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, kebanyakan pengundi terutama di Utara dan Pantai Timur Semenanjung mengundi dalam keadaan keliru kerana dibelenggu propaganda PN yang memainkan isu syurga-neraka dikaitkan dengan sokongan terhadap parti tertentu.


"Itu yang diwacanakan termasuk di Kedah, Kelantan, Terengganu. Pamerkan PH-BN parti yang melawan hukum Allah, adat Melayu.


"Kemudian 8 bulan, macam Abah Din (Mahiaddin) cakap apa Anwar buat 8 bulan? Tak kan mata kau buta, teliga pekak.


"Sebut apa sahaja, nelayan dia bagi peruntukan, pesawah dia bagi bantuan pesawah. Yang kamu perintah 33 bulan apa kamu buat?


"Kamu telah pun menjahanam ekonomi negara, kamu menjahanamkan ekonomi rakyat selama 2 tahun.


"Dia dengan begitu sombong, Anwar tahu apa? Anwar bodoh. Kalau Anwar bodoh takkanlah negara luar datang melabur melepasi berpuluh bilion," katanya dalam forum Borak Dahsyat bertajuk "Politik Malaysia, Apa Cerita?".


Selain itu, Pengarah Biro Pekerja KEADILAN itu juga kecewa dengan sikap ahli politik PN yang menuduh Kerajaan Perpaduan zalim dan sama darjat dengan Firaun mesir dalam pemerintahannya.


Justeru, Abdullah bertanya, apakah persamaan pemerintah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Firaun Mesir.


"Ada kata Firaun. Apa cerita ni? Saya tak faham. Dalam zaman Firaun dulu dia tolong orang ke? Dia bagi orang tingkat mutu pendidikan ke? Yang dia pertahan ialah kuasa dan mengatakan diri dia tuhan," katanya sinis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page