top of page

Kerajaan wujud rangka baharu tingkat prestasi sukan, olahraga



Kerajaan akan mempersiapkan beberapa kerangka baharu dalam meningkatkan prestasi sukan negara.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengulas prestasi kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024 yang telah melabuhkan tirai semalam berkata, seluruh rakyat perlu menerima dengan baik pencapaian atlet negara.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan, anak-anak yang terlibat dalam Sukan Olimpik kerana kita telah berusaha sebaik mungkin. Kita terima baik (segala) keputusan.


"Insya-Allah kita akan siapkan beberapa kerangka baharu meningkatkan prestasi sukan dan olahraga negara.


"Jadi harus kita tumpu ke hadapan tetapi sementara itu janganlah kita mengeluh kerana anak-anak dan olahragawan itu telah berusaha sedaya upaya mereka," katanya dipetik.


Perdana Menteri sebelumnya merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur pada Isnin.

Cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir dengan Malaysia meraih dua gangsa menerusi badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia dan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page