top of page

Kerajaan usaha selamatkan mangsa sindiket terperangkap di luar negara



Kerajaan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan semua mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang terperangkap di luar negara, tegas Menteri Dalam Negeri.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan akan menggunakan hubungan diplomatik atau agensi ke agensi dan perkongsian maklumat perisikan dalam usaha mengesan sekali gus menyelamatkan mangsa berdasarkan prinsip hak untuk kembali.


"Sejak empat, lima tahun kebelakangan ini angka (mangsa) meningkat… dari segi pasukan polis sendiri, apapun langkah menyelamat yang kita buat ada prinsip jelas.


"Pertama, kerajaan akan mengutamakan ‘the right to return’ kepada rakyat Malaysia tak kira apapun. Asal kita ketahui mereka ada di luar dan dalam kesusahan, kerajaan akan buat apa sahaja untuk bawa mereka balik," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pentauliahan Program Pensijilan Agensi Antidadah Kebangsaan Kedua.


Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim yang dilapor media bahawa pihaknya menerima aduan daripada ratusan keluarga meminta bantuan membawa pulang ahli keluarga mereka yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pekerjaan palsu di luar negara


Mengenai bilangan mangsa, Saifuddin berkata pihaknya hanya merujuk kepada jumlah rasmi kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kementerian berkaitan akan membuat pengesanan serta operasi menyelamat sebaik sahaja menerima aduan.


"Sama ada angka itu selari atau sama dengan polis kumpul, melalui aduan keluarga… NGO mungkin ada saluran lain. Penting untuk laporkan angka yang tepat.


"Biarlah kerajaan bertindak atas angka rasmi kerana melaluinya saja boleh melancarkan bantuan melalui kerjasama dengan pihak negara berkenaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page