top of page

Kerajaan usaha peluang pekerjaan di Johor untuk penduduk Pulai

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 26, 2023
  • 2 min read


Penduduk Pulai yang banyak bekerja di Singapura diminta mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan.


Menurut Pengerusi DAP Johor, Liew Ching Tong sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan penting untuk mempercepatkan lagi perubahan ekonomi di Johor.


Katanya, Kerajaan Perpaduan sedang menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan agar mereka tidak perlu menyeberang ke Singapura mencari nafkah.


"Pulai ini kawasan bandar dan berhampiran dengan Tambak Johor yang juga pintu utama ke Singapura.


"Yang bekerja di Singapura ada yang selesa dan ada ramai yang bekerja dalam kategori buruh dengan gaji yang rendah. Mereka kerja di Singapura kerana pertukaran matawang asing yang memberi pendapatan lebih banyak tetapi, bukan semua mereka dalam keadaan selesa.


"Harapan saya Kerajaan Perpaduan dengan idea kita untuk membangun ekonomi. Dengan idealisme Datuk Seri Anwar membangun Ekonomi Madani, kita boleh mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik dan gaji lebih setimpal di sini supaya bukan semua perlu kerja di Singapura," katanya kepada Suara Keadilan selepas penamaan calon di Johor Bahru, pagi tadi.


Mengenai jentera DAP dalam PRK kali ini, Chin Tong berkata, seluruh penyokong DAP Johor akan turun untuk berkempen di Pulai dan Simpang Jeram.


"Rakan rakan dari DAP seluruh Johor dan rakan seluruh negara sedia untuk berkempen di kawasan Pulai dan Simpang Jeram untuk memastikan calon PH menang dalam PRK ini


"Hasrat kami bukan saja kita menyatukan sokongan dan tenaga PH, tetapi ini juga satu peluang untuk PH bergabung dan kerjasama dengan BN


"Ini satu cubaan untuk kempen bersama, wujudkan formula perpaduan di peringkat akar umbi, parlimen dan DUN


"Saya harap pengalaman ini akan beri cetusan untuk kita kerjasama untuk semua kawasan selepas ini," katanya.


Chin Tong berharap penyokong PH yang bekerja di Singapura, Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan pulang mengundi untuk memastikan kemenangan buat calon Kerajaan Perpaduan.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page