top of page

Kerajaan usaha cari dana tampung penyelarasan gaji swasta



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha mencari dana untuk menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta.


Dalam ucapannya di Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu pada Rabu, Anwar berkata tidak banyak negara yang melakukan perkara itu tetapi Kerajaan Perpaduan tetap akan memikirkan bagaimana kaedah dan pelaksanaannya.


"Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.


"Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum.


"Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja itu ditingkatkan," katanya dipetik.


Bagi penyelarasan gaji sektor awam, Anwar berkata keputusan bagi kadar gaji dan upah baharu akan diumumkan sama ada dalam Belanjawan Madani 2024 atau pada awal tahun hadapan selain peruntukan lebih khusus untuk usahawan juga akan diumumkan di dalam belanjawan itu.


Sementara itu, Anwar berkata, negara ini juga bergantung kepada usahawan kecil dan sederhana dalam usaha untuk mengembangkan ekonomi Madani.


"Ia berkait dengan (isu) menokhtahkan kemiskinan. Program perlu dibuat supaya kelompok ini tidak dipinggirkan... dan ia memerlukan komitmen politik yang jelas," katanya sambil menegaskan pembangkang bersuara pelbagai isu tetapi sewaktu berkuasa tidak banyak yang mereka lakukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page