top of page

Kerajaan umum bantuan RM50 juta tangani banjir Johor



Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan RM50 juta untuk menangani banjir dan mangsa banjir di negeri Johor yang telah mencecah lebih 30,000 orang pada ketika ini.


Jurucakap kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil mengumumkan demikian dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet petang tadi.


"Baru sebentar tadi Kerajaan Persekutuan mengumumkan bersetuju untuk memberi bantuan khas kepada negeri Johor sebanyak RM50 juta. Ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi.


"Pada masa sama kita juga ucap takziah kepada semua mangsa banjir negeri Johor khususnya. Tengah hari tadi berdasarkan (laporan) NADMA jumlah mangsa mencecah 33,000 di 10 daerah dan melibatkan 10,610 keluarga. Ini satu angka yang besar dan dalam mesyuarat Jemaah Menteri menegaskan beberapa perkara dan bantuan," katanya.


Menurut Fahmi, menteri juga akan turun untuk meninjau sendiri prasarana yang rosak akibat banjir dan mengumumkan pembaikan segera.


"Menteri akan turun melihat aspek yang perlu diteliti kementerian masing maisng. Kementerian Komunikasi dan Digital isunya ialah connectivity, rangkaian telekomunikasi dan saya memberi penegasan kepada pihak SKMM untuk melihat menara yang terjejas.


"Setakat semalam jumlahnya 90 dan perlu segera dibaik pulih. Setakat hari ini kita belum terima angka penambahan," katanya.


Banjir di Johor masuk hari kedua dan telah menjejaskan banyak kawasan terutamanya sekitar Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Mersing.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page