top of page

Kerajaan tumpu usaha pulih negara, tak layan spekulasi 'tebuk atap'



Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dianggap utuh dan fokus dalam usahanya memulihkan ekonomi selepas pandemik Covid 19.


Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas-desus yang mengatakan kerajaan sedia ada akan digulingkan tidak dilihat sebagai ancaman.


Berbanding melayan desas-desus itu, kerajaan tegasnya, lebih menumpukan tanggungjawab lebih besar untuk rakyat dan negara.


"Saya tidak melihat adanya ancaman daripada pihak luar terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini, saya juga enggan melayan dan tidak mahu memberikan sebarang maklum balas terhadap desas-desus (kononnya Kerajaan Perpaduan) ketika ini (akan tumbang seperti didakwa dan tular di media sosial).


"Fokus kami sekarang adalah untuk memulihkan semula ekonomi, membantu rakyat terutama selepas pandemik Covid-19, kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat adalah fokus kami (Kerajaan Perpaduan) ketika ini," katanya.


Saifuddin sebelumnya ditemui pemberita selepas sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau semalam.


Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita berhubung desas-desus ada gerakan oleh beberapa Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Mahiaddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page