top of page

Kerajaan tumpu projek 'Rahmah', elak projek mega



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya meletak keutamaan kepada usaha memastikan kebajikan golongan miskin terbela.


Beliau mengulangi pendirian itu ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada Khamis.


Jelas Anwar, beberapa program telah dirancang dan akan mengguna pakai konsep 'Rahmah' bagi mencapai tujuan itu.


"Program Rahmah akan dijadikan tema dalam semua program bantuan rakyat miskin terutama miskin tegar yang sekarang menjadi keutamaan kerajaan," kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, beliau sering menyatakan hasrat untuk melihat negara terus pulih masalah ekonomi dan kemaslahatan rakyat yang tertangguh sejak sekian lama dapat diselesaikan.


Tiga hari memegang jawatan itu beliau memanggil mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara diadakan membabitkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan dan kementerian berkaitan.


Beliau kemudian turut mengarahkan jemaah menteri yang baharu dilantik mencari jalan menangani isu-isu kritikal.


Semantara itu Anwar ketika ditemui semalam turut menjelaskan pentadbirannya turut akan memberi keutamaan kepada kepada projek-projek berkaitan pendidikan, kesihatan dan insani yang akan memberi manfaat langsung kepada rakyat berbanding projek-projek mega.


Bagi memastikan usaha itu dapat dijayakan, Kerajaan Persekutuan mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri termasuk yang ditadbir blok pembangkang.


Semalam PM menghadap Sultan Terengganu sebelum menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page