top of page

Kerajaan tingkatkan pendigitalan sektor perkhidmatan



Kerajaan akan meningkatkan pendigitalan terutama dalam sektor perkhidmatan yang menjadi penghubung utama dalam proses libat urus sektor perniagaan.


Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia mampu memacu ekonomi digital yang kompetitif dan berdaya tahan.


"Jadi untuk mendigitalkan masyarakat dan menaik taraf ekonomi kita, kerajaan perlu cepat dan deras, itu tidak cukup dengan hanya contohnya menawarkan khidmat melalui laman web.


"Keseluruhan khidmat kerajaan itu mestilah berdasarkan proses digital," katanya kepada media.


Timbalan Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu sebelumnya hadir ke pelancaran Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia Edisi Februari 2023 bertajuk, Memperluas Sempadan Digital Malaysia di ibu negara pada Khamis.


Sementara itu tambahnya, kerajaan akan turut meningkatkan pendigitalan secara menyeluruh dengan mempercepatkan inisiatif MyDigital.


Kesan pelaksanaan pendigitalan di peringkat kerajaan secara menyeluruh akan turut melonjakkan pertumbuhan sektor swasta termasuk peluang pekerjaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page