top of page

Kerajaan tingkat usaha tambah baik perkhidmatan awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perkhidmatan awam di negara ini masih tidak memuaskan.


Pada ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) ke-78 di Petaling Jaya pada Ahad beliau berkata, kerajaan sentiasa membuat pemantauan antaranya di hospital, sekolah dan berkaitan permohonan pendaftaran serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan.


Justeru pihaknya akan mengenal pasti kelemahan dalam pentadbiran untuk diperbaiki sekaligus memastikan penjawat awam dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap.


"Semua ini, bila kita dengar belum memuaskan walaupun ada perubahan, masih ada kebocoran, ...sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saban hari tangkap, kerana rasuah itu ada. Bila rasuah, itu (menyebabkan) kos perniagaan meningkat.


"Ketua Setiausaha Negara baru dilantik dapat memberikan tekanan yang sangat kuat, ...saya sendiri memantau," katanya dipetik.


Sementara itu melalui satu hantaran di laman Facebooknya Anwar berkata, perkhidmatan awam mampu ditingkatkan melalui kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola.


Namun tegasnya, tekad kerajaan itu juga perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page