top of page

Kerajaan tingkat keluaran, bekalan beras putih tempatan akan pulih



Bekalan beras putih tempatan (BPT) akan pulih dalam tempoh sebulan susulan, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jangkaan itu berdasarkan langkah intervensi dilaksana kerajaan ketika ini melalui Program Khas BPT yang dijangka akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran di seluruh negara.


"Menerusi Program Khas BPT ini, bekalan beras putih tempatan akan dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan.


"Dalam masa yang sama, pemantauan berterusan akan dilakukan melalui kolaborasi bersepadu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Op Jamin.


"Saya turut meminta pengguna tidak risau atau panik sehingga melakukan pembelian beras putih tempatan secara berlebihan," katanya dalam satu sidang media.


Mohammad Sabu sebelumnya melakukan tinjauan stok keterjaminan makanan di sebuah pasar raya di Tampoi pada Selasa.


Kerajaan baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengilang dan pemborong berasa negara. Pada pertemuan itu mereka meminta meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan.


Sementara itu, Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau akan mengadakan satu lagi sesi libat urus dengan pengilang dan pemegang taruh industri beras negara, Khamis bagi membincangkan kaedah dan mekanisme penyelesaiaan jangka pendek dan panjang berkait isu BPT.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page