top of page

Kerajaan tidak zalim, pesawah di Kedah dapat peruntukan RM1 bilion

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 5
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan pimpinannya bukan sebuah kerajaan yang 'zalim', seperti digambarkan sesetengah pihak dalam isu peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, berdasarkan angka peruntukan, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menerima jumlah yang lebih tinggi berbanding ketika pentadbiran terdahulu.


''Saya ditegur tidak apa.. tapi jangan kata zalim tak bagi.. kerana peruntukan itu bertambah.


''Umpamanya baru-baru ini, saya beri kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah, fasa pertama RM1 bilion. Ramai pesawah-pesawah padi itu penyokong pembangkang tetapi saya tak soal (tentang) itu.


''Malah saya juga pergi minta percepatkan proses itu. Jadi kalau begini juga 'zalim' kerana ikut hawa nafsu politik yang tak terkawal, susahlah,'' katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).


Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan bahawa fokus kerajaan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada menjaga fiskal negara semata-mata, sebaliknya unjuran yang dibuat perlu realistik dan selari dengan perancangan.


Jika tidak, jurang antara wilayah dalam negara dikhuatiri akan terus melebar kata Ahli Parlimen Larut itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page