Kerajaan tidak wajar ambil tanah penduduk Kg Sg Baru secara paksa - Zahir



Kerajaan Persekutuan didakwa zalim kerana mengambil paksa tanah penduduk Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang enggan menerima projek pembangunan semula kediaman di kawasan mereka.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, pengambilan paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah hanya boleh dilakukan bagi projek kepentingan awam dan bukannya projek swasta yang tiada kena mengena dengan kemudahan rakyat.


"Akta Pengambilan Tanah itu hanya boleh digunakan untuk infrastruktur awam untuk kemudahan awam seperti jalan dan sebagainya, bukan untuk pembangunan (hartanah).


"Hak rakyat dia (kerajaan mahu) ambil itu, rakyat tidak boleh menolak tetapi rakyat boleh menuntut pampasan yang munasabah dan adil


"Jadi menggunakan akta itu untuk mengambil tanah untuk pembangunan bagi pihak pemaju, ia di luar roh wujudnya akta berkenaan," katanya.


Selain itu, tegas Zahir, kawasan Kg Sungai Baru itu berbeza dengan Kampung Baru yang berada di bawah kawalan Lembaga Tanah Pertanian Melayu (MAS) di mana syaratnya perlu dijual beli dan disewakan dalam kalangan orang Melayu.


Kg Sg Baru katanya, adalah milikan bebas dan harga tanahnya wajar lebih tinggi malah boleh mencecah harga hartanah di sekitar bangunan KLCC yang tidak jauh daripada situ.


"Kena ingat juga di Kg Sungai Baru ini, dia bukan tanah di bawah kategori MAS. Nilai tanah di Kg Sungai Baru sepatutnya lebih tinggi daripada kawasan MAS kerana ia tidak terikat dengan kategori itu," katanya lagi.


Justeru, Zahir mahu kerajaan BN berlaku adil kepada penduduk Kg Sg Baru dan membatalkan pengambilan tanah secara paksa.


Sebaliknya menggunakan langkah berbincang dengan penduduk sebagaimana usaha yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk membangunkan Kg Baru sejak 2018 lalu, sebelum ditumbangkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER