top of page

Kerajaan tidak terdesak cari sokongan - Saifuddin Nasution



Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak dalam keadaan terdesak mencari sokongan untuk mengukuhkan pentadbiran mereka.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya ada percubaan daripada blok kerajaan untuk menghasut Ahli Parlimen PN bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Kerajaan bergerak macam biasa, tak ada sebarang masalah, daripada sudut tahap sokongan yang ada sekarang pada kedudukan sangat meyakinkan," katanya dipetik.


Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata begitu kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Prihatin Komuniti Jabatan Pendaftar Pertubuhan Peringkat Zon Utara di Kulim pada Jumaat.


Tambah Saifuddin, beliau dalam masa sama menafikan terdapat ugutan yang mempengaruhi keputusan yang dibuat ahli Parlimen terbabit.


"Tak ada apa-apa ugutan terhadap kedudukan kerajaan yang ada sekarang... jadi kalau ada umpamanya keadaan di mana beberapa ahli Parlimen daripada PN yang menyatakan sokongan, bagi kami, kami mengalu-aluhkan.


"Tapi nak katakan bahawa sokongan itu adalah hasil daripada mereka diugut, kita menafikan," tambahnya.


Saifuddin sementara itu menempelak Hamzah yang cuba memberi gambaran tidak benar terhadap kerajaan melalui dakwaan tersebut.


Tegasnya, sebelum membuat tuduhan itu, Hamzah sewajarnya mengumpul bukti mencukupi bagi menyokong dakwaanya.


"Pihak yang mendakwa kena datangkan bukti, hari ini bila media tanya (Hamzah) jawapannya adalah sedang mengumpul. Kalau itu maknanya belum sahih, belum pasti jadi. Kalau sedang kumpul (bukti) jangan buat tohmahan dulu, tunggu sehingga ada bukti wujudnya ugutan.


"Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis sendiri pun tak ada aduan berkenaan dakwaan itu. Jadi bola sebenarnya di gelanggang Hamzah dan PN untuk mendatangkan bukti," katanya.


Saifuddin sebaliknya berkata, gerakan-gerakan seperti didakwa pembangkang itu adalah ‘kerja’ Hamzah ketika menjatuhkan kerajaan melalui Langkah Sheraton pada 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page