top of page

Kerajaan tidak mahu usahawan Bumiputera hilang daya saing



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan akan berhati-hati dalam menyediakan bantuan kepada usahawan Bumiputera, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Langkah itu katanya bagi mengelakkan mereka terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan sehingga menyebabkan hilang daya saing.


"Semasa kita bantu, ia tidak boleh sampai melemahkan perniagaan Bumiputera.


"Kena seimbangkan antara pembinaan keupayaan dan penyediaan dari segi modal dan latihan. Kita kena berhati-hati," kata Rafizi dalam Episod 3 Podcast Yang Bakar Menteri (YBM) yang disiarkan di platform media sosialnya.


Ahli Parlimen Pandan itu turut menekankan bahawa usahawan Bumiputera wajar keluar dari zon selesa.


Mereka tegasnya, perlu bersaing dengan syarikat bukan Bumiputera terutama syarikat luar negara yang mempunyai keupayaan yang utuh berikutan mereka membina sendiri perniagaan tanpa bantuan.


Mengulas mengenai soal bantuan kepada peniaga dan pengusaha Bumiputera, beliau berkata, sememangnya ada kelemahan yang menyebabkan bantuan yang disediakan selama ini tidak dirasai atau mencukupi untuk usahawan Bumiputera.


Kelemahan itu antara lain berpunca daripada kumpulan sasaran yang kurang tepat, skim bantuan yang tersasar serta pertindihan program yang dilaksanakan agensi kerajaan.


"Soal pertindihan adalah masalah besar dalam kerajaan. Kita ada berpuluh agensi yang semuanya mengakui menjalankan program membantu Bumiputera, tetapi programnya itu, kejayaannya bercampur-campur.


"Sebab itu Kongres Ekonomi Bumiputera (yang akan diadakan selama lima hari bermula 29 Februari 2024) sebahagian menetapkan hala tuju dan pendekatan minda yang baharu supaya kita tidak berterusan mengulangi perkara ini," ujar Rafizi.


Sebagai rekod, Kongres Ekonomi Bumiputera akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dianjurkan atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia dijangka akan menumpukan kepada 10 kluster utama termasuk reformasi pendidikan dan mosal insan, pengukuhan industri halal, ekonomi bumiputera Sabah, ekonomi bumiputera Sarawak dan penguasaan teknologi baharu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page