top of page

Kerajaan tidak galak turunkan kandungan Palestin di media sosial



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan mengambil pendirian yang jelas untuk tidak menggalakkan pihak penyedia platform media sosial menurunkan sebarang kandungan memihak kepada perjuangan rakyat Palestin.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata kementerian telah memanggil pihak Tiktok setelah menerima aduan orang ramai bahawa banyak konten berkaitan Palestin telah diturunkan.


"Dalam sesi pertemuan tersebut pihak Tiktok menafikan bahawa mereka memihak kepada mana-mana pihak (dalam konteks perang Israel - Palestin).


"Jadi itu juga pesanan kementerian kepada pihak Tiktok bahawa pendirian Malaysia sangat jelas, kita tidak izinkan atau tidak menggalakkan untuk menurunkan konten yang memihak kepada Palestin," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau bertanya apakah pendirian kerajaan terhadap laporan bahawa Meta dan TikTok menerima lebih 8,000 permintaan daripada Israel untuk mengeluarkan kandungan berkaitan konflik peperangan di Palestin kerana didakwa melanggar dasar syarikat.


Agensi itu memaklumkan, lebih 94 peratus daripada kandungan merentas laman sosial utama itu sudah dikeluarkan.


Pejabat pendakwa Israel berkata pihaknya sudah meminta supaya kandungan yang mencetuskan keganasan dibuang.


Malah pejabat itu juga meminta supaya lagu yang memuji pejuang Hamas dan berfungsi sebagai runut bunyi untuk ribuan video di TikTok untuk diturunkan.


TikTok memberitahu Forbes bahawa dasarnya adalah untuk mengeluarkan semua kandungan pro-Hamas sebaik sahaja ia dikenal pasti termasuk menurunkan video yang memainkan lagu itu.


Aplikasi Google, TikTok dan Facebook melarang bahan yang mempromosikan atau dihasilkan oleh kumpulan pejuang termasuk Hamas seperti ditetapkan sedemikian oleh kerajaan Amerika Syarikat.


Nie Ching bagaimanapun menjelaskan kementerian mahu memastikan kandungan yang terlalu memaparkan aksi keganasan tidak dibenar dimuat naik dalam platform media sosial tersebut.


Jelas beliau ini kerana banyak pengguna akan membuat aduan bahawa mereka mengalami gangguan emosi sekiranya isi kandungan bersifat ganas diizin untuk dimuat naik di platform media sosial.


Terdahulu menjawab soalan asal Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), Nie Ching berkata kementerian masih belum membuat keputusan untuk mendaftarkan bagi tujuan pelesenan membabitkan syarikat pengendali platform media sosial seperti Google, Meta dan Tiktok.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page