top of page

Kerajaan tidak cekap: Banjir di Karak 7 bulan berlalu masih ada longgokkan sampah sarap




Agensi Kerajaan Persekutuan perlu lebih cekap dalam bertindak memberi perkhidmatan terutama dalam misi pasca banjir.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mempertikaikan tahap kecekapan agensi di bawah beberapa kementerian yang masih tidak menyelesaikan isu sampah sarap dibawa arus banjir besar tahun lalu di Karak, Pahang.


"Saya akui beberapa tindakann telah diambil tetapi isu pokok belum selesai


"Saya bagi contoh di Telemong, Karak, setelah 7 bulan bencana berlalu belum ada tindakan. Balak, sampah sarap menyekat (laluan air) di kawasan itu masih ada.


"Kemudian perkara ini berlaku terus di Kedah. Kementerian Sumber Asli berkata tiada pembalakan, tetapi apabila dipotong semua pokok jadi tanaman durian, masalah sama (banjir berlaku)," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi pagi.


Anwar mahu agensi kementerian, tidak mengira kementerian apa agar lebih cekap menyediakan bantuan dan menyelesaikan masalah yang timbul akibat banjir.


Katanya, kawasan yang gagal dibersihkan atau bantuan lewat tiba biasanya akan mengakibatkan mangsa banjir dalam kalangan warga miskin terus terbeban.


Beliau juga bertanyakan apakah tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menyekat pembalakan yang menjadi punca banjir


"Apakah tindakan intra kementerian dilakukan termasuk menyekat pembalakan kerana biar pun pihak berkuasa Kerajaan Negeri, tetapi berlaku kerugian. Tidak benar jawapan pembalakan hanya kuasa negeri.


"Kalau negeri telah melanggar peraturan dan meneruskan pembalakan dan kesannya kepada rakyat, sepatutnya Kerajaan Persekutuan bertindak," tambah Anwar.


Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjawab ringkas, telah ditubuhkan jawatankuasa menangani banjir yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan mohon dirujuk kepada pihak terbabit.


"Jadi YB Port Dickson boleh bagi detail (kawasan masih belum dibantu) kepada saya untuk saya murnikan dengan KSN," kataya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page