top of page

Kerajaan tidak cadang naikkan harga beras



Tiada apa-apa keputusan dibuat kerajaan bagi menaikkan harga beras berikutan tindakan beberapa negara pengeksport yang menghentikan eksport bahan makanan itu.


Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya meneliti secara dekat setiap isu yang berkaitan dengan sumber bekalan bahan makanan dari luar negara, termasuk beras import.


Pihak kerajaan jelasnya akan memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan kestabilan harga bahan makanan terbabit di negara ini.


"Apabila kita bergantung kepada bekalan sumber bahan makanan import menyebabkan kita tertakluk kepada isu berbangkit di negara pengeksport, dasar kerajaan mereka dan geopolitik seperti konflik Rusia-Ukraine.


"Jadi, kita meneliti secara dekat setiap masa isu yang berkait dengan sumber bekalan luar dan bagaimana kita dapat pastikan kestabilan harga," katanya dipetik.


Sementara itu jelasnya, bagi jangka masa panjang, usaha sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menggalakkan pesawah di seluruh negara untuk meningkatkan penanaman padi bagi memastikan masih ada sumber tempatan jika negara pengeluar menghentikan eksport.


Langkah sama turut dibuat terhadap tanaman-tanaman lain yang kebanyakannya diimport .


"Baru-baru ini Perdana Menteri memberi galakan dengan menaikkan harga padi kepada petani dengan jumlah yang cukup tinggi untuk memastikan rakyat yang melaksanakan penanaman padi terus menanam padi sebagai sumber bekalan tempatan kita.


"Kita perlu juga ada tahap sara diri (SSL) di peringkat domestik. Antaranya gula, 100 peratus sumber gula mentah adalah dari luar iaitu Brazil sebab India sudah menghentikan eksport bukan hanya ke Malaysia.


"Ini perkara yang perlu kita tengok berkaitan dengan bekalan gula dan ada cadangan beberapa lokasi dikenal pasti di Semenanjung untuk dimulakan kajian dikembalikan semula projek tanaman tebu di kawasan bersesuaian," katanya.


Beliau sebelumnya diminta mengulas kebimbangan berlaku kenaikan harga beras berikutan tindakan negara pengeksport khususnya India menghentikan eksport beras putih, baru-baru ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page