Kerajaan tiada majoriti tidak boleh nasihat Agong - Dr Aziz Bari


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya menyegerakan sidang khas Parlimen membahaskan usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin.


Menurut pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, sekiranya kerajaan PN telah kehilangan majoriti dengan penarikan diri Umno maka mereka kehilangan majoriti dan tidak lagi layak menasihati Yang di-Pertuan Agong.


"Saya bersetuju dari segi Perlembagaan isu majoriti ditentukan dengan secepat mungkin kerana keabsahan itu penting untuk menyediakan kepada tindakan dan keputsuan kerajaan.


"Terutama kedudukan, peranan dan kuasa menasihatkan Agong. Sebuah kerajaan tak ada majoriti tak boleh nasihatkan Agong. Jadi Perkara 40 (Agong diminta mengikut nasihat Jemaah Menteri) itu patut dimengertikan dari sudut itu.


"Tanggungjawab Agong menuruti nasihat kerajaan ialah suatu ketetapan mengenai mandat dari Pilihan Raya Umum. Kalau tak ada mandat, dia (kerajaan) tiada hak untuk memaksa nasihat kepada Agong.


"Ini hujah tidak boleh dilengahkan (usul Undi Percaya). Lagi lama dilengahkan akan meletakkan negara ke dalam ketidaktentuan dan ditinggalkan. Sebagai contoh, konglomerat nak buat apa melabur di Malaysia sedangakan di rantau ini ada banyak negara lain yang tidak bermasalah


"Oleh itu saya menjangka dalih yang diberikan PM, perkara ini akan dibawa ke Parlimen bulan depan, saya rasa ia akan berlaku lebih cepat lagi," katanya dalam siaran Facebook bertajuk: "Bila PN Nak Tumbang", malam tadi.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, setelah Umno menarik sokongan pada 3 Ogos lalu maka kerajaan PN telah menjadi kerajaan minioriti.


Katanya, kerajaan minioriti PN masih tidak digantikan sehingga kini hanya kerana pihak pembangkang tiada calon Perdana Menteri dan tidak bersatu membentuk gabungan untuk dilantik sebagai kerajaan.


Bagi Dr Aziz, kenyataan Mahiaddin menegaskan bahawa beliau mempunyai majoriti ketika bertemu Yang di-Pertuan Agong amat dikesalkan kerana rakyat melihat beliau mentadbir sebuah kerajaan minioriti.


"Respon masyarakat di luar kepada kenyataan PM menyatakan dia masih ada majoriti mengejutkan. Mereka tidak menduga PM begitu berani dan tanpa malu mengatakan itu. Beliau sanggup kata ada majoriti. Walau mungkin apa yang dimaksudkan beliau adalah pentadbiran PN adalah kerajaan minioriti.


"Satu-satunya hujah bagi saya yang kita kemukakan untuk beri alasan (Mahiaddin) kekal PM ialah (dia mentadbir) kerajaan minioriti. Jadi walaupun PN ada 103 dan pembangkang ada 117, tetapi barangkali kekuatan yang ada dengan Mahaiddin kerana mereka ada calon PM dan 117 yang lain tidak ada. Itu satu-satunya alasan memberikan beliau berhak di situ.


"Tetapi politik bergerak dengan pantas dan kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER